SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PASUKAN TINDAKAN CEMAS NEGERI PERAK

Selasa, 14 Februari 2012

KURSUS JURULATIH & KEMAHIRAN MENYELAMAT AIR (WATER CONFIDENCE) PERINGKAT SATU SIRI 1/2012


Kursus Jurulatih & Kemahiran Menyelamat Air (Water Confidence) merupakan kursus yang pertama bagi tahun 2012 yang akan diadakan pada 09 Mar 2012 hingga 11 Mar 2012 di Teluk Batik Perak. Penyertaan kursus ini tidak dihadkan pada warga Rescue PTCM tetapi ia terbuka pada semua orang awam yang berminat dalam rescue.


Objektif kursus ini diadakan adalah :-

a.         Memberi pendedahan cara-cara menyelamat (Rescue PTCM) apabila berlaku kecemasan dengan cara yang betul dan selamat.

b.         Memberi teori & praktikal pada peserta cara menyelamat mangsa serta cara penggunaan alatan bantuan kecemasan.

c.         Memupuk semangat  kerjasama berpasukan apabila berlaku kecemasan dikalangan orang awam.

d.         Memupuk sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas menyelamat.

Pada yang berminat sila emailkan maklumat seperti nama, alamat, no.tel dan email anda ke ptcmperak@gmail.com atau menghubungi Pegawai Pertama Azmier 012-5604180 / Pegawai Pertama Faizal 012-2637350 / Pegawai Kedua Iswandie 011-12750972.

Tarikh tutup permohonan kursus pada 29 Feb 2012

"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI NEGARA"


"PRIHATAIN TEGAS CEKAP"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan