SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PASUKAN TINDAKAN CEMAS NEGERI PERAK

AKTIVITI PASUKAN TINDAKAN CEMAS MALAYSIA NEGERI PERAK

Program Khidmat Masyarakat








Program Gaya Hidup Sihat Tanpa AIDS anjuran Prostar Larut Matang & Selama di Bukit Larut, Taiping. Dalam program ini Ibu Pejabat Negeri Perak, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia telah memberi sumbangan untuk mangsa banjir di negeri Perak dalam bentuk pakaian. Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan program.

JANUARI 2012

Kursus Jurulatih & Kemahiran Menyelamat Peringkat Satu Siri 01/2012

Kursus ini telah diadakan di Ulu Perdik, Lembah Pangsun Hulu Langat Selangor pada 28 Jan 2012 hingga 29 Jan 2012. Dalam kursus ini berbagai modul telah dipelajari oleh peserta, antara modul yang di pelajari oleh peserta adalah Kawad Kaki, CPR & Transportation, Ikatan Tali, Memasang Halangan Tali dan Cara Menggunakannya, Bacaan Kompas dan Merempuh Halangan.
Kursus ini telah bermula pada 28 Jan 2012 untuk pendaftaran peserta dan pada 29 Jan 2012 adalah Teori dan Praktikal.












FEBUARI 2012

Kursus Jurulatih & Kemahiran Menyelamat Air (Water Confidence)

Kursus ini telah di adakan pada 09 Mar 2012 hingga 11 Mar 2012 di Crystal Bay Chalet, Teluk Batik Lumut Perak anjuran dari Rescue pasukan Tindakan Cemas Malaysia dengan kerjasama dari Bahagian Latihan & Lojistik , Ibu Pejabat Kuala Lumpur yang di ketuai oleh Marshal Hj. Abdul Rahman Ketua Jurulatih Darat & Air.

Dalam kursus ini berbagai pendedahan telah diberikan pada peserta dalam aspek penggunaan peralatan bantuan menyelamat, cara cara menyelamat, latihan fizikal juga pembentukan kumpulan.











Terima kasih pada semua yang terlibat dalam
melaksanakan kursus ini.