SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PASUKAN TINDAKAN CEMAS NEGERI PERAK

FUNGSI DAN OBJEKTIF

Pasukan Tindakan Cemas Malaysia adalah sebuah Pasukan Penyelamat Kebangsaan dan hanya terlibat dalam operasi sukarelawan menyelamat bencana alam, kemalangan jalan raya, kebakaran dan kehilangan orang dilaut, darat dan sungai, pasukan pengawas pantai, unit trafik & keselamatan Jalan Raya dan Skuad Penyelamat Khas. Ia juga merupakan badan pengerak sukarelawan.




Misi sukarelawan menyelamat bencana alam di Bukit Antarabangsa.

Sukarelawan sedang membantu cegah jenayah bersama PDRM satu ketika dulu.

OBJEKTIF

Pasukan Tindakan Cemas Malaysia dibentuk oleh Lembaga Amanah PTCM dibawah Piagam Koporatnya dan dasarnya selaras dengan objektif Pasukan Tindakan Cemas Malaysia diantaranya :-

1.   Menyediakan suatu pasukan berpakaian seragam lengkap dan

      berdisplin
2.   Menyediakan suatu perkhidmatan menyelamat yang cekap dan terlatih
3.   Membina suatu skuad elit yang mampu dikerah dikala
kecemasan dimana-mana tempat yang kritikal 
4.   Menyediakan kelengkapan logistik dan alatan menyelamat dan
      paramedic yang perlu
ketika kecemasan