SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PASUKAN TINDAKAN CEMAS NEGERI PERAK

KOD ETIKA & PERATURAN

1) TAJUK :
Peraturan-Peraturan ini hendakla dinamakan “KOD ETIKA PTCM 1998” yang bermaksud sebagai tambahan kepada undang-undang kecil, akta, kaedah-kaedah atau seumpamanya yang diguna-pakai dari masa ke semasa selaras dengan arahan Kerajaan Malaysia


2) TUJUAN :
Untuk meningkatkan mutu disiplin di kalangan anggota dan untuk mendidik mereka supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang bagi memupuk semangat kerjasama, setia kawan, bersopan-santun dan taat setia kepada kerajaan dan negara.


3) PELAKSANAAN :
Pelaksanaan kod etika ini terbahagi kepada perkara-perkara berikut :-
a) Kesalahan-kesalahan yang melanggar perintah dan peraturan dan
b) Hukuman-hukuman yang wajar dikenakan.


4) MENYUBAHATI SESUATU KESALAHAN :
Seseorang anggota adalah bersubahat melakukan sesuatu perkara jika ia menghasut mana-mana anggota supaya melakukan perkara itu, atau mengambil bahagian bersama dengan lain-lain anggota atau beberapa orang lain dalam pakatan jahat bagi melakukan perkara itu dengan apa-apa perbuatan yang melanggar undang-undang.


5) MEMBUAT PAKATAN JAHAT :
Apabila dua anggota atau lebih bersetuju melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan sesuatu perbuatan menyalahi undang-undang.


6) MENYAMAR MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM :
Mana-mana anggota PTCM yang didapati memakai pakaian seragam PTCM semasa tidak menjalankan tugas adalah melakukan suatu kesalahan dan tindakan boleh diambil atas tuduhan menyamar pakaian seragam dan merupakan suatu kesalahan mengikut kod etika ini dan kanun keseksaan (NMB Bab 45).


7) PEMBERIAN PAKAIAN SERAGAM DAN HARTA :
Seseorang anggota PTCM hendaklah menjaga dengan baik sekali segala pakaian seragam, apa-apa harta atau peralatan dan dibeli dari wang kerajaan atau sumbangan orang ramai dan diberi dibawah penjagaannya. Pemberian itu adalah sebagai pinjaman kepadanya sahaja dan jika pihak PTCM memerlukan semula, maka  pakaian tersebut hendaklah dikembalikan.


8) BERPAKAIAN TIDAK KEMAS :
Seseorang anggota PTCM apabila melakukan tugas rasmi yang dianjurkan oleh PTCM hendaklah sentiasa berpakaian seragam dengan keadaan segak dan kemas.


9) ENGKAR PERINTAH :
Seseorang anggota PTCM hendaklah sentiasa mematuhi segala perintah sama ada bertulis atau lisan yang  diberikan kepadanya oleh mana-mana pegawai selain ahli Lembaga Amanah. Keengkaran mematuhi perintah tersebut adalah merupaka suatu kesalahan dan akan dikenakan tindakan tata-tertib terhadapnya.


10) BERKELAKUAN TIDAK SOPAN :
Jika seseorang anggota PTCM telah melakukan perkara-perkara tidak sopan yang mencabuli kod etika ini atau melakukan salah satu perbuatan berikut :-

a) Membuat kenyataan dalam akhbar atau mana-mana media masa mengenai PTCM tanpa kebenaran daripada Pengerusi Lembaga Amanah atau Ketua Turus Umum;

b) Membuat tuduhan palsu keatas anggota atau pegawai PTCM sehingga menyebabkan anggota atau orang ramai menaruh syak wasangka yang tidak baik.

c) Memburuk-burukan Pasukan sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan organisasi.

d) Bertindak di luar etika mesyuarat sehingga menjejaska perjalanan mesyuarat itu.

e) Merujuk pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang lain atau mahkamah selain daripada Ketua Turus Umum atau Pengerusi PTCM sendiri. Perbuatan ini boleh dianggap berkelakuan tidak senonoh, bertindak secara memudaratkan kepentingan PTCM dan di luar semangat setia kawan yang mana menurut peraturan ini boleh digantung keanggotaannya atau dipecat serta-merta tanpa sebarang tunjuk sebab.


11) TIDAK HADIR TUGAS TANPA SEBAB MUNASABAH :
Mana-mana anggota PTCM yang diarahkan melakukan sesuatu tugas dan telah bersetuju menerima tugas tersebut secara sukarela, tetapi gagal mematuhinya dan tidak hadir tanpa sebab munasabah yang boleh menyebabkan urusan PTCM jadi tergendala adalah melakukan sesuatu kesalahan mengikut etika ini dan boleh diambil tindakan tata-tertib.


12) MENGHADIRI SIASATAN DIHADAPAN LEMBAGA DISIPLIN :
Mana-mana anggota yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Kod Etika ini atau mana-mana undang-undang atau peraturan, boleh dikehendaki hadir di hadapan Lembaga Disiplin.


13) TIDAK HADIR KURSUS :
Mana-mana anggota yang telah menghadiri kursus tetapi meninggalkannya apabila kursus itu sedang berjalan adalah melakukan kesalahan dibawah Kod Etika ini dan boleh dikenakan tindakan disiplin, dan mana-mana anggota mencabuli sesuatu peraturan akan dirujuk kepada Lembaga Amanah atau Ketua Turus Umum untuk tindakan dan keputusannya. Mana-mana anggota yang tidak berpuas hati di atas sebarang keputusan Lembaga Disiplin atau Ketua Turus Umum hanya boleh merayu atas izin khas Ketua Turus Umum mengikut merit kes tertentu. Sokongan bagi tindakan tata-tertib adalah seperti berikut :-

1) Memberi amaran;

2) Melaporkan perkara tersebut kepada tindakan Polis sekiranya kes itu berat dan melibatkan jenayah;

3) Menggantung keanggotaannya daripada bertugas;

4) Menyingkirkannya daripada perkhidmatan;

5) Bagi kes kehilangan harta atau kerosakan, maka tindakan meminta meraka membayar kos ganti rugi sama ada sepenuh atau separuh harga boleh dikenakan. Keengkaran bagi mematuhi sebarang perintah ini boleh mengakibatkan tidakan mahkamah dilakukan terhadapnya.

14) KESIMPULAN :
Laporan sokongan Lembaga Disiplin yang dilantik ini hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Pengerusi atau Ketua Turus Umum untuk tindakan dan pengetahuannya bagi maksud rayuan. Keputusan mereka adalah muktamad.


Di Perbuat di KUALA LUMPUR pada 07 hb Februari 1998.

DENGAN PERINTAH LEMBAGA
(CHE KHALID B. MD.ALI) 
Pengerusi 
Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan